sensei hanie


pYzam Page Pets
FreeFlashToys Page Pets

Sensei Hanie

Glitter Text
Make your own Glitter Graphics

senseihanie


Get your own Digital Clock

Saturday, January 16, 2010

PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 5  
SENI DALAM BUDAYA LAIN



ALIRAN DALAM GERAKAN SENI HALUS

  Catan Renaissance
· Tema catan melambangkan kekayaan & kemewahan golongan borjuis.
· Konsep hidup yang individualistic
· Aplikasi konsep perspektif (aras mata, garisan horizon / garisan kaki langit dan titik lenyap).
· Memperlihatkan lukisan anatomi yang betul dan tepat
· Latarbelakang berunsurkan landskap dan senibina
· Menggunakan teknik chiaroscuro dengan meluas

· Leonardo da Vincci
· Michealangelo da Caravaggio

· Proportion of a Man: Point of the Anatomy
· Supper at Emrous


Neo Klasisme
· Bertemakan subjek sejarah dan hikayat yunani dan roman
· Lazimnya di latari dengan permandangan seperti pentas dan bentuk arca

· Jacques Louise David

· The Oath of the Horatti


Romantisme
· Romantisme merujuk kepada kemuliaan, keperwiraan dan pujian terhadap sesuatu

· Mementingkan idea kebebasan, keadilan kesamaan dan rasa simpati yang semulajadi.

· Francis de Goya

· The 3rd of May


Realisme
· Mementingkan alam semulajadi dan keaslian dalam bentuk visual secara nyata dan tiada   
  kaitan dengan emosi dan perasaan.
· Mementingkan kebenaran dan ketepatan (realistik)

· Eugene Delacroix
· Honore Daumier

· Liberty leading the People
· TheThird Class Carriage


Naturalis
· Menampilkan artis – artis yang meniru atautidak membuat sebarang pengubahsuaian  dalam karya mereka.
· Meniru objek tanpa mengubahnya sama ada objek itu cantik atau tidak


Impressionisme
· Merakamkan kesan semulajadi dengan menekankan kesan cahaya
· Meneroka lebih mendalam teori warna secara saintifik dan hubungannya dengan cahaya.
· Sapuan berus dilakukan secara spontan dan cepat.
· Bertemakan aktiviti seperti berperahu, aktiviti social dan temasya.
· Melukis di luar studio untuk melukis apa yang mereka lihat dan bukan apa yang mereka tahu.

· Cloude Monet

· Rouen Cathedral


Post – Impressionisme
· Kajian terhadap cahaya dan warna dilakukan dengan penumpuan yang lebih terhadap visual.
· Warna diaplikasikan secara tindihan dan kombinasi beberapa warna.

· Vincent Van Gogh
· Georges Seurat

· Self Potrait
· Sunday Afternoon on Island of a La Grande Jatte


Fauvisme
· Spontan dalam berkarya
· Warna dan sapuan berus yang tebal dan kasar melahirkan jalinan warna.
· Tidak mementingkan apa yang dilukis tetapi perasaan dan emosi yang subjektif untuk diluahkan.

· The Red Studio

· Henry Matisse


Ekspressionisme
· Menyuarakan rasa hati dan meluahkan tekanan serta kekecewaan melalui lukisan
· Subjek seperti figura dipilih dan diolah dengan penggayaan dan warna yang diluahkan secara spontan yang kasar dan bebas.
· Objek yang dilukis terdapat pemiutan (distortion)

· Edward Munch
· Ernst Ludwig Kirchner

· The Scream
· Dresden Street


Kubisme
· Tidak melibatkan emosi dalam luahannya
· Bersifat penerokaan moden dan akademik.
· Karya digambarkan seolah – olah terpisah atau berkecai dan menolak daripada konkongan realistic.

· Objek kelihatan bersepihan dan bersudut tajam (hard edge)
· Kiubusme analitik: tertumpu kepada bentuk geometric dan warna yang terbatas (monokromatik)

· Kubisme sintetik: menggunakan warna terang serta rupa yang lebih dekoratif disamping penggunaaan elemen huruf – huruf stensil dan teknik kolaj.

· Pablo Picasso

· Three Musicians


Futurisme
· Menghayati perkembangan sains dan teknologi dengan cara memanifestasikan kemajuan, perkembangan teknologi dan sains melalui persoalan tema perindustrian, perkilangan, jentera, dan penemuan baharu.
· Menonjolkan cirri – cirri kamajuan, kelajuan, dinamis, penerokaan fizik.
· Lazimnya memilih sujek peperangan, kemusnahan alam sekitar akibat kamjuan dan perindustrian.

· Umberto Buccioni

· The City Rises


Dadaisme
· Aliran ini lahir akibat perang dunia dan menentang keras peperangan dan kezaliman
· Antiseni dan dihasilkan secara spontan, intuitif dan fantastic
· Aliran ini beranggapan hidup bagaikan tidak bermakna dan hasil seni itu juga tidak bermakna dan tiada mesej.

· Marcel Duchamp

· Bicycle Wheel


Surelism
· Pencarian dan penerokaan dalam dunia psikik, fantasi dan alam bawah sedar serta melanggar hokum logic.
· Mengkaji kewujudan mimpi yang tidak terbatas
· Surelism abstrak: Jean Hans Arp dan John Miro
· Surelism Halusinasi: Salvado Dali, Max Ernst
· Subjek kelihatan mencair serta ruang yang kosong.

· Salvado Dali

· The Persistance of Memory


Ekspressionisme abstrak

· Luahan perasaan yang sebenar melalui penggunaan warna, sapuan berus,renjisan warna dan aksi pelukis.
· Mementingkan kespontanan, intuitif dan pemikiran bebas

· Autumn Rhythm

· Jackson Pollock


Seni Pop
· Merujuk budaya popular
· Subjek utama terdiri daripada objek dan subjek yang popular
· Menonjolkan individu dan komik – komik yang popular
· Juga menggunakan teknik cetakan sutera saring (Marilyn)

· Marilyn

· Andy Warhol


Seni Op
· “op” diambil daripada perkataan optical
· Dipengaruhi hasil kerja visual yang dijalankan oleh ahli psikologi dan saintis.
· Seni ini merujuk seni optic yang mempengaruhi penglihatan pemerhati.
· Menitikberatkan penggunaan cahayaserta warna yang menimbulkan ilusi

· Bridget Riley

· Current


2 comments: