sensei hanie


pYzam Page Pets
FreeFlashToys Page Pets

Sensei Hanie

Glitter Text
Make your own Glitter Graphics

senseihanie


Get your own Digital Clock

Friday, January 15, 2010


NOTA PENDIDIKAN SENI TINGKATAN 5 
BAB 27: ARTIS DAN TOKOH SENI TANAH AIR


AHMAD KHALID YUSOF
  1. Dikenali dengan karya tulisan jawi berserta lenggok bahasa puisinya melalui terjemahanpantun Melayu yang berunsurkan nasihat disamping mencerminkan penghayatan serta rasa hormat terhadap alam dan pembinaan masyarakat.
  2. Karya beliau banyak dalam bentuk cetakan (sesuai dengan bidang kepakaran beliau - cetakan).
  3. Menyatukan seni lukis dan sastera.
  4. Hasilannya dipengaruhi oleh Monet, Vincent Van Gogh, Jackson Pollock serta professor beliau iaitu Patrick Harron dan Michael Kidner.
  5. Pengaruh tersebut boleh dilihat dari penggunaan warna – warna kontra dan garang yang mampu menimbulkan kedudukan runag dan ketegangan permukaan.
  6. Tema karya: keindahan persekitaran, budaya tempatan, agama islam dan tulisan jawi.

SYED AHMAD JAMAL
  1. Dilahirkan di Bandar Maharani, Muar pada 1929
  2. Pelopor aliran Ekspressionisme Abstrak (1960 - an)
  3. Dianugerahi Anugerah Seniman Malaysia
  4. Pandangan beliau terhadap seni ialah: sesebuah karya perlu dilihat sebagai sesuatu yang memiliki kewujudan, mistik dan makna tersendiri.
  5. Antara catan terkenal beliau ialah Umpan (1959), Gunung Ledang / Tanjung Kupang (1978).
  6. Antara arca hasilan beliau ialah Lunar Peaks (1987), Link (1987).

MOHAMAD HOESSEIN ENAS
  1. Dilahirkan di Bogor, Jawa, Indonesia (1924) dan berhijrah ke Malaysia pada 1974
  2. Tidak pernah mengikuti kursus formal dan berbakat semulajadi.
  3. Dikenali dengan pelukis realistic dan naturalistic dengan menonjolkan figura dan potretyang berlatarbelakangkan budaya tempatan.
  4. Karyanya banyak menampilkan wajah – wajah tempatan yang membawa mesej budaya melalui penampilan pakaian dan kegitan social.
  5. Banyak menggunakan media pastel dan minyak.
  6. Kemahiran beliau dalam melukis potret diperakui dengan gelaran yang diterimanya iaitu Pelukis Potret Diraja.
  7. Pengasas Majlis kesenian Melayu @ Angkatan Pelukis Semenanjung yang bergerak dalam semua bidang kesenian seperti tarian, muzik, seni tampak, seni satera dan seni lakonan.
  8. Antara karya beliau ialah Self Potrait (1958), Meminang (1960), Gadis Melayu (1959), dan Mengaji (1990).

ABDUL LATIF MOHIDIN
  1. Dilahirkan di Negeri Sembilan pada 1941.
  2. Dikenali sebagai artis dua dunia seni iaitu seni halus dan puisi.
  3. Karya beliau menggambarkan persamaan pemikirannya.
  4. Merupakan pengasa kumpulan anak alam.
  5. Antara karya beliau ialah Pago – pago, Mindscape, Langkawi, Gelombang dan Rimba.


REDZA PIYADASA
  1. Dilahirkan di Kuantan. Pahang pada 1939 dan terkenal sebagai pengkritik seni halisyang disenangi.
  2. Karya – karya beliau banyak mengingatkan kita pada masyarakat Malaysia yang mempunyai pelbagai budaya, tentang penghijrahan, asimilasi budaya, tradisi dan warisan, sejarah politik serta social.
  3. Antara karya beliau ialah The Baba Family (1986), The Indian Famil, The HAji Family, Malaysia Story No. 2 yang dipersembahkan secara gambar foto dengan imej mengadap ke depan.

HARON MOKHTAR
  1. Dilahirkan di Sungai Besar, Selangor pada 1963
  2. Karya beliau banyak menggambarkan tentang manusia dan kebudayaan yang diwarisi melalui media catan.
  3. Nilai – nilai murni yang ditonjolkan diwakili oleh watak – watak dalam keluarga dan jiran tetangga.
  4. Catan beliau menggunakan teknik kecatan (painterly) dan menerapkan nilai – nilai dekorasi terutama melalui latar belakangdalam bentuk senibina.
  5. Antara karya beliau ialah Mosque of Jalan Dato Keramat (1999), Merah Saga (1995), Little India (1999).



1 comment: